Audit Indeks Keselamatan Kampus

Audit ini bertujuan untuk membangunkan Indeks Keselamatan Kampus di Universiti Awam (UA) di Malaysia bagi meningkatkan Sistem Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan. Ini disebabkan persaingan di kalangan Universiti Awam dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya kriteria yang menyumbang kepada kedudukan sesebuah Universiti di peringkat global membuktikan kepentingan kewujudan sistem penarafan ini. Justeru itu, wujudnya sistem ini akan membantu ke arah mencapai matlamat pembangunan iaitu Envision 2030 yang dikeluarkan oleh United Nation (PBB) pada 2015 melalui SDG 16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh agar dapat menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif demi pembangunan mampan.